Game Teknologi

Nintendo Switch Versi OLED Diumumkan!

Setelah 4 tahun konsol permainan video Nintendo Switch dilancarkan, Nintendo mengumumkan akan melancarkan model baharu untuk konsol itu, yang dinamakan Nintendo Switch (OLED Model). Seperti boleh diolah daripada nama itu, Switch versi ini akan didatangkan dengan paparan skrin OLED – berbanding paparan skrin LCD pada versi sebelumnya – dan ia juga membawa sejumlah upgrade lain yang dijanjikan. Pengumuman versi baharu konsol itu telah diadakan di Twitter pada 6 Julai waktu tempatan.

Seperti namanya, perubahan terbesar pada Nintendo Switch versi baharu adalah paparan OLED 7 inci, yang lebih besar dan lebih maju daripada paparan LCD 6.2 pada Switch dan 5.5 inci pada Switch Lite. Skrin OLED direka untuk memberikan warna hitam yang lebih dalam dan warna-warna yang lebih terang daripada paparan LCD biasa, kerana setiap pixel dikendalikan secara individu. Skrin ini dapat memberikan peningkatan warna dan kontras yang sangat cemerlang. Oleh itu, peminat Switch tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana permainan video seperti Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild kelihatan pada model baru. Walaupun begitu, paparan Switch versi baharu ini masih lagi mengekalkan resolusi 720p seperti versi sebelumnya.

Gambar: Nintendo

Skrin OLED bukan sahaja naiktaraf yang Nintendo Switch baharu tawarkan. Model OLED akan mempunyai kickstand boleh laras yang lebih lebar yang merangkumi seluruh bahagian belakang sistem dan membolehkan pelbagai sudut pandangan. Ini merupakan langkah positif berbanding kickstand kecil dan agak nipis pada model Switch asas. Terdapat juga port Ethernet bagi mereka yang ingin menggunakan internet berwayar untuk sambungan internet terbaik apabila ingin bermain Super Smash Bros. Ultimate atau Mario Kart 8 Deluxe secara online.

Switch OLED dilengkapi dengan penyimpanan sebanyak 64GB untuk memuat turun permainan digital, iaitu dua kali ganda daripada 32GB yang terdapat pada Switch dan Switch Lite. Nintendo juga mengatakan Switch OLED menampilkan “audio yang dinaiktaraf” berbanding model sebelumnya.

Gambar: Nintendo

Nintendo Switch (OLED Model) akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021 dengan tanda harga $349 US Dollar. Selain menampilkan paparan skrin OLED, ia juga memberi anda reka bentuk yang lebih halus dengan kickstand yang lebih baik, port Ethernet yang berguna, audio yang lebih baik dan ruang simpanan yang lebih banyak di dalam konsol.

Sumber:

[1] https://www.nintendo.com/switch/oled-model/

[2] https://us.cnn.com/2021/07/06/cnn-underscored/nintendo-switch-oled-model/index.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: