Umum mengetahui bahawa Google Meet merupakan salah satu aplikasi yang sering digunakan oleh semua orang sama ada untuk urusan kerja mahupun kelas PDPR. Ia mungkin disebabkan oleh aplikasi yang mempunyai banyak ciri-ciri menarik dan senang untuk digunakan.
Namun demikian, mulai 28 Jun 2021, pihak Google akan memperkenalkan 3 pelan bagi pengguna iaitu, Google Meet (Percuma), Google Workspace Essential ( $ 8 atau RM 33.15 sebulan) dan Google Workspace Enterprise.
Pengguna masih boleh menggunakan Google Meet secara percuma tetapi akan mempunyai had masa selama 1 jam bagi satu sesi. Namun anda tidak perlu khuatir, kerana kebanyakan institusi atau tenaga pengajar akan mempunyai peruntukan untuk membeli pelan-pelan ini.
Terdapat juga aplikasi-aplikasi percuma yang boleh digunakan oleh anda semua, antaranya adalah:
- Skype

Skype merupakan antara aplikasi yang terawal dalam servis panggilan video. Ianya masih releven untuk digunakan sehingga ke hari ini. Anda hanya perlu mendaftar akaun dan terus boleh digunakan oleh semua.
2. Discord

Ramai beranggapan bahawa Discord hanya digunakan untuk para gamers sahaja. Namun, ciri-ciri asas seperti screen sharing membolehkan discord digunakan bagi membuat kelas atau menjalankan perbincangan.
3. Facetime

Umum mengetahui bahawa Facetime merupakan panggilan video bagi mereka yang menggunakan peranti daripada Apple sahaja. Namun demikian, pihak Apple kini akan membolehkan pengguna selain dari peranti Apple untuk menggunakan platform Facetime ini. Ianya akan diperkenalkan pada kemaskini IOS 15 nanti. Ia mampu menjadi platform berguna kerana ciri-ciri keselamatan yang ada.
Apakah anda akan melanggan pakej Google Meet atau anda ingin beralih kepada aplikasi lain? Pilihan ada di tangan anda.
Sumber