Latest News

Ramai TERTIPU… dengan promosi bulanan Shopee ? Gunakan TRICK ini !

Shopee jualan murah 6.6

Shopee merupakan aplikasi ‘online shopping‘ yang paling banyak digunakan oleh semua orang pada hari ini kerana ianya mudah digunakan, harga yang murah, pelbagai barang mudah didapati, interface app yang cantik dan yang paling menarik, pengguna Shopee selalu mendapat diskaun dan ‘free shipping‘ dari pihak Shopee. Baru-baru ini, pada bulan Jun, Shopee mengadakan jualan murah 6.6 bagi hampir semua produk yang dijual di aplikasi tersebut.

RAMAI ORANG TERTIPU….

Apabila ada promosi bulan seperti 6.6, banyak harga ditawarkan sehingga -50% potongan harga oleh penjual Shopee. Namun adakah benar harga potongan yang diberikan itu? Adakah seller tinggikan harga dan buat potongan harga supaya ianya kelihatan rendah?

JANGAN TERTIPU LAGI, INSTALL ‘PRICE TRACKER‘ INI SEKARANG

Sebelum anda membeli sesuatu produk kerana promosi yang murah, pastikan anda memeriksa harga SEBELUM diskaun itu ditawarkan. Apa yang anda perlukan adalah :

  • Laptop / PC
  • Google Chrome
  • Extension Price Tracker khas untuk Shopee

Langkah 1 :

Buka Google Chrome. Dan gunakan link ini untuk download Extension Price Tracker ini.

Langkah 2 :

Buka website Shopee. Dan set kan ini kepada ‘Shopee’.

Langkah 3 :

Siap! Anda boleh mencari barang yang anda hendak beli dan ‘price history‘ akan muncul. Di sini, anda boleh memeriksa harga Shopee sebelum promosi bulanan diadakan. Berikut adalah contoh produk yang hendak saya beli.

Menggunakan cara ini, anda boleh memeriksa barang yang dijual oleh seller. Kadangkala seller akan meninggikan harga sebelum promosi dan memberi diskaun kepada pembeli supaya ianya kelihatan murah. Berdasarkan gambar di atas, kita dapati bahawa seller webcam yang hendak saya beli ini, tidak menaikkan harga. Harganya RM 409, sepanjang bulan Jun.

POLISI SHOPEE

Sebenarnya, perkara ini dilarang di dalam urus niaga di dalam Shopee. Shopee ada menetapkan Term & Conditions tentang perkara ini. Anda boleh report kepada Shopee sekiranya anda mendapati bahawa ada seller yang berbuat demikian. Jadilah pengguna yang bijak. Semoga bermanfaat.

Rujukan :-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: