Hiburan Latest News

Lee Kwang Soo Bersara Daripada Running Man

Pelakon dan bintang variety show Korea Selatan, Lee Kwang Soo, meninggalkan rancangan SBS Running Man selepas 11 tahun. Kedua-dua ejennya, King Kong by Starship dan SBS mengesahkan berita itu pada bulan April dan menambah bahawa episod terakhir pelakon itu akan datang pada bulan Jun. Lee Kwang Soo telah pun menjalani penggambaran untuk episod terakhirnya bersama Running Man pada 24 Mei yang lepas.

Google Image: Running Man

Episod 559 yang dijadualkan akan disiarkan pada 13 Jun ini merupakan episod terakhir buat selebriti berumur 35 tahun itu. Video teaser buat episod tersebut telahpun tular di media sosial yang memperlihatkan ahli-ahli tetap Running Man berkumpul dalam suasana yang muram.

Lee Kwang Soo mengambil keputusan untuk bersara dari rancangan Running Man atas sebab masalah kesihatan dan memerlukan masa untuk sembuh dari segi fizikal dan mental. Berikut adalah kenyataan daripada agensi beliau:

Kami di sini memberitahu bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan rancangan SBS ‘Running Man’ setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.

Selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lepas, Lee Kwang Soo telah menjalani terapi fizikal secara berkala. Walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik semasa penggambaran Running Man. Daripada itu, Lee Kwang Soo telah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, kru, rakan-rakannya, dan juga agensi tersebut, dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan mental.

Kerana ia (Running Man) adalah program yang disebut Lee Kwang Soo sebagai rumahnya selama 11 tahun, sukar baginya untuk mengambil keputusan ini. Namun, perkara itu tidak dapat dielakkan bagi menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton pada masa yang akan datang.

Kami dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas sambutan hangat yang ditunjukkan kepada Lee Kwang Soo di ‘Running Man’, dan Lee Kwang Soo berjanji akan menemui anda sekali lagi dengan imej yang lebih meriah dan dalam keadaan sihat.

King Kong by Starship

Seperti yang dijangkakan, peminat-peminat rancangan itu meluahkan rasa hiba atas berita itu dan ‘tidak dapat membayangkan rancangan itu tanpa dia’. Namun begitu, peminat Running Man memahami bahawa kesihatan dan pemulihan Kwang Soo lebih penting. Gelagat dan personaliti Lee Kwang Soo yang ikonik itu pasti akan dirindui oleh peminat seluruh dunia. Pastikan anda menyediakan tisu sebelum menonton episod 559!

Google Image: Lee Kwang Soo sentiasa memeriahkan setiap episod Running Man

Rujukan:

[1] https://www.sportskeeda.com/pop-culture/news-when-will-lee-kwang-soo-s-last-running-man-episode-air-fans-say-variety-show-won-t-without-unlucky-icon

[2] https://www.allkpop.com/article/2021/04/lee-kwang-soo-to-leave-the-cast-of-running-man-after-11-years

[3] https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Running_Man_episodes_(2021)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: