Latest News Politik

TUDM Berjaya Memintas 16 Buah Pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China Memasuki Ruang Udara Negara

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi akaun Twitter @tudm_rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penerbangan mencurigakan 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (People’s Liberation Army-Air Force) yang telah memasuki ruang udara zon maritim Malaysia, Kota Kinabalu Flight Information Region yang menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021.

Sumber : Kenyataan Media Twitter Rasmi TUDM

Dalam satu kenyataan media yang dilampirkan bersama, Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) telah mengenalpasti pesawat PLAAF pada jam 1153H. Pesawat pesawat tersebut dikesan terbang dengan formasi taktikal in-trail dengan jarak 60 batu nautika antara satu sama lain. Penerbangan menghala menghampiri 60 batu nautika pesisir pantai Sarawak dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Laluan Pesawat PLAAF
Sumber : Twitter Rasmi TUDM

Pihak TUDM telah mengarah pesawat Hawk 208 di dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM. Pemantauan terhadap pesawat melalui radar telah dijalankan dan di samping percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara KK FIR. Namun demikian, arahan tersebut tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR. TUDM telah melancarkan pesawat pemintas pada jam 1333H bagi melakukan pemantauan visual dan telah mengenalpasti pesawat adalah dari jenis Ilyushin II-76 dan pesawat Xian Y-20 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan mampu menjalankan pelbagai misi.

Sumber : Laman Rasmi Twitter TUDM
Sumber : Laman Rasmi Twitter TUDM

Menurut kenyataan TUDM lagi, insiden ini merupakan satu bentuk ancaman kepada kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan. Tindakan TUDM adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan penerbangan International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN). Kementerian Luar Negeri sudah dimaklum oleh Kementerian Pertahanan. Tahniah diucapkan kepada pihak TUDM kerana cekap dalam menjalankan tugas memelihara kedaulatan negara.

Sumber :

[1] https://twitter.com/tudm_rasmi/status/1399685724706770946

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: