Kesihatan Latest News

MCO 4.0: Senarai Servis Yang Tidak Dibenarkan

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi pengumuman tentang perlaksanaan Total Lockdown di sidang media. | Kredit: NST

Kerajaan telah membuat senarai pelbagai jenis bisnes yang tidak dibenarkan untuk beroperasi semasa lockdown selama dua minggu atau movement control order (MCO) 4.0 yang akan bermula pada 1 Jun 2021.

Pengumuman total lockdown telah dibuat pada hari Jumaat yang lepas setelah kenaikan kes mencecah 8,290 jangkitan baharu. Jumlah kes tersebut mengalami peningkatan pada hari keesokannya iaitu sebanyak 9,020 kes baharu.

Di dalam sidang media pengumuman standard operating procedures (SOP) MC) 4.0 pada hari Ahad, 30 May, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata bisnes yang dibenarkan beroperasi hanya pada pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

Antara aktiviti yang tidak dibenarkan adalah :

  • Makan di dalam restoran atau kedai
  • Konsep park dan makan
  • Fotografi
  • Fafe siber
  • Lumba kuda
  • Kasino serta syarikat loteri dan permainan.

Pasar tani, pasar minggu serta pasar malam juga tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Pasar hari dan pasar basah dibenarkan untuk beroperasi bermula dari 6 pagi sehingga ke 2 petang. Pasar tani kekal, MyFarm Outlets (MFO) dan Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) boleh beroperasi dari 6 pagi sehingga ke 4 petang. Pasar segar terkawal dibenarkan untuk beroperasi dari 7 pagi sehingga ke tengahari. Untuk pasar borong pula, mereka dibenarkan untuk beroperasi dari pukul 12.01 tengah malam ke 6 pagi dan 11 pagi sehingga ke 4 petang.

Bisnes dan servis lain yang tidak dibenarkan semasa MCO 4.0 pula adalah:

  • Spas
  • Pusat refleksologi dan urutan
  • Pedicure dan manicure
  • Salun Rambut
  • Kedai Barber (gunting rambut)
  • Kedai Perabot
  • Car wash
  • Kedai Barang Kemas
  • Kedai buku dan alat tulis
  • Kedai Aksesori Kenderaan
  • Kedai Mainan
  • Kedai Barang Sukan
  • Kedai Bunga dan Nursery

Rujukan:

[1] https://www.nst.com.my/news/nation/2021/05/694426/mco-40-no-go-businesses-services

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: