Girl group terkenal dari Korea Selatan, GFRIEND telah dibubarkan pada 22 Mei 2021 kerana mereka tidak dapat mempersetujui pembaharuan kontrak dengan agensi mereka, Source Music.

GFRIEND telah memulakan kerjaya mereka sebagai artis pada tahun 2015 dan berkembang menjadi salah satu kumpulan yang paling terkenal di Korea Selatan kerana konsep mereka yang pelbagai gaya dan unik. Mereka juga diminati oleh ramai peminat di seluruh dunia kerana koreografi mereka yang mantap dan segerak.
Ramai peminat tidak menjangka album terbaharu mereka, 回:Walpurgis Night yang dikeluarkan pada hujung tahun 2020, bakal menjadi album terakhir yang dikeluarkan oleh kumpulan itu. Setiap ahli girl group itu dilaporkan akan membawa haluan kerjaya masing-masing setelah dibubarkan.
Gambar-gambar terakhir GFRIEND sebagai sebuah kumpulan telah dimuatnaik pada laman Weverse sebagai tanda penghargaan kepada peminat mereka, BUDDY.











Betullah orang kata, perkara baik tidak akan berakhir selamanya. Selamat tinggal, GFRIEND!
Rujukan : –
Nooooo ;(
LikeLike