Gaya Hidup Latest News

Phuket Akan Dibuka Kepada Pelancong dari Luar Thailand

Phuket Sandbox Programme dengan kerjasama pihak berkuasa Pelancongan Thailand telah mengeluarkan surat pekeliling kepada penggerak industri pelancongan Phuket bahawa mulai 1 Julai, Phuket akan dibuka kepada pelancong dari luar Thailand dengan beberapa syarat khusus. Secara amnya, Phuket akan dibuka kepada semua orang sama ada yang sudah divaksin atau belum divaksin.

Merujuk kepada surat tersebut, ianya bertujuan bagi merancakkan semula ekonomi Thailand terutamanya dalam bidang pelancongan. Sebelum ini, pernah berlegar di laman sosial menunjukkan keadaan Phuket yang sunyi dari pelancong serta kedai perniagaan yang terpaksa tutup kerana Covid-19. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah :

Bagi Individu Sudah Di Vaksin

  1. Menetap di Phuket sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mereka bebas melancong ke serata Thailand
  2. Pelancong dari negara risiko rendah dan sederhana mesti menerima vaksin sekurang-kurangnya 14 hari sebelum melancong ke Thailand
  3. Pelancong perlu mengemukakan sijil vaksinasi sebagai bukti
  4. Kanak-kanak tidak perlu kemuka sijil vaksinasi tetapi kanak-kanak berumur 12 hingga 18 tahun perlu menjalani rapid antigen test dengan kos yang ditanggung sendiri berharga sekitar THB 1,200 hingga THB 1,500 ( RM 158 – RM 198)
  5. Bagi dewasa umur 18 tahun ke atas, mereka wajib menjalani ujian RT PCR pada hari ke 5 mereka menetap.
  6. Kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah tidak perlu menjalani apa-apa ujian.

Bagi Individu Belum Di Vaksin

  1. Individu atas 18 tahun akan menjalani ujian RT PCR apabila tiba dan wajib menjalani kuarantin diri di ALQ (Alternative Local Quarantine) Hotel selama 14 hari

Pelancong juga perlu memuat turun aplikasi Thailand Plus Mobile App sebagai contact tracing sepanjang berada di Thailand yang berfungsi seperti aplikasi MySejahtera.

Pelancong yang telah menerima vaksin dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di Phuket tetapi dengan pematuhan kepada SOP yang ketat seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan lain-lain.

Peraturan yang dikenakan dilihat sebagai ketat tetapi perlu bagi menjaga semua dari wabak Covid-19 sekaligus dapat menghidupkan semula sektor pelancongan di Phuket.

Sumber : Facebook Phuket Sandbox

Sumber :

[1] https://www.facebook.com/groups/388875605677294/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: