Latest News

Penyanyi K-hip hop Jay Park Memohon Maaf Isu Persenda nama Allah

Penyanyi K-hip hop Jay Park memohon maaf di akaun Twitter-nya, Jay Bum Park (@JAYBUMAOM) setelah menerima comment dari netizen yang berang terhadap lagu terbarunya, MUKKBANG! (Remix). Punca kemarahan netizen adalah daripada penggunaan nama Allah dalam lirik lagunya tersebut yang jelas seperti mempersendakan Tuhan para kaum Muslim.

Ramai netizen telah membawa isu ini kepada beliau sejurusnya membawa kepada tweet memohon maaf daripada beliau yang berbunyi seperti berikut:

Screenshot tweet permohonan maaf Jay Park dari Twitter

Namun, sesetengah netizen masih tidak berpuas hati di atas tweet permohonan maaf beliau kerana ianya tampak seperti beliau tidak serius dalam memohon maaf. Disebabkan masih ramai netizen yang berang kepadanya, beliau telah memadamkan tweet permohonan maaf tersebut dan telah tweet permohonan maaf yang baru, kali ini dalam bentuk imej pula:

Peristiwa ini harus dijadikan sebagai suatu pengajaran agar semua artis dan manusia haruslah lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang jenis bentuk hiburan yang menyinggung sensitiviti perkauman dan agama. Ini kerana, terdapat pelbagai jenis budaya, kaum dan kepercayaan di muka bumi ini dan kita semua haruslah sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Rujukan:

[1] https://genius.com/Lil-cherry-and-goldbuuda-mukkbang-remix-lyrics

[2] https://twitter.com/JAYBUMAOM/status/1397928762495275017?s=20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: