Agama

Teori Konspirasi COVID-19, adakah boleh diterima sebagai hujah dalam agama ini?

Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2  (SARS-CoV-2) atau lebih dikenali sebagai COVID-19 merupakan suatu pandemik yang telah menimpa seluruh dunia lantas mengubah cara hidup kita dalam menghadapi wabak ini. Kes pertama COVID-19 merupakan kes dari China di sebuah bandar, Wuhan dan selepas itu, wabak ini terus merebak ke seluruh dunia dalam jangka masa yang singkat.

WHO drawing research roadmap to combat coronavirus, newly named COVID-19 |  2020-02-11 | BioWorld
Google Image : virus covid-19 dari pandangan microscopic

Pada hari ini, dengan kesungguhan para doktor dan saintis dalam menghadapi wabak ini, penyakit ini telah mampu dikekang dengan penghasilan vaksin yang pertama iaitu Pfizer. Cabaran ini telah diatasi oleh umat manusia sedunia dengan penghasilan vaksin ini. Sehingga kini, telah wujud pelbagai jenis vaksin untuk menghadapi COVID-19, di mana kesemua jenis vaksin ini boleh diambil dan mempunyai ‘effective rate’ yang tinggi dalam membantu badan kita menghasilkan antibody yang kuat untuk menghadapi virus COVID-19.

Namun, wujud pula cabaran baru dalam mengajak umat ini mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan terhadap wabak ini iaitu penyebaran berita palsu dan TEORI KONSPIRASI. Lebih malang lagi, berita yang tidak sahih dan konspirasi teori ini disebarkan oleh mereka yang dipandang tinggi oleh masyarakat seperti para ustaz dan ustazah, asatizah dan ‘influencer’ yang bercakap perkara yang mereka tidak ketahui.

Apa itu KONSPIRASI TEORI?

Google Image : simbol ‘mata’ yang terkenal dengan konspirasi teori

Konspirasi teori merupakan satu ‘explanation’ terhadap sesuatu kejadian yang berlaku, di mana ianya dipercayai telah dirancang oleh sesebuah organisasi (Illuminati) dan beberapa buah entiti. Ianya menarik untuk dibaca sebagai bahan bacaan santai dan bersahaja tetapi apabila ianya mampu mengubah persepsi kita terhadap sesuatu, maka ia dianggap BERMASALAH.

Terlalu banyak teori konspirasi di luar sana (boleh google sendiri), dan di sini saya bagi beberapa contoh mengenai teori konspirasi yang wujud di Internet :

  • Peristiwa 9/11 : dipercayai telah dirancang oleh beberapa pihak sebagai satu ‘event’ untuk memburukkan imej Islam
  • Google image : ketika peristiwa 9/11
    • Amerika sebagai negara pertama yang sampai ke bulan : pihak conspirators berpendapat bahawa Amerika tidak sampai ke bulan sebenarnya, mereka hanya ‘berlakon’ di satu set penggambaran. Tujuannya adalah untuk menunjukkan Amerika merupakan kuasa besar berbanding Rusia.
    Google Image : angkasawan Amerika berjalan di bulan
    • Bumi itu bukan Bulat : para flat earthers percaya bahawa Bumi yang kita telah anggap sebagai bulat ini sebenarnya mendatar dan leper. Lebih malang apabila ada umat Islam yang percaya akan fakta ini.
    Google Image : illustrasi bumi yang digambarkan sebagai ‘flat’
    • Stonehedge/Piramid dan semua mercu dunia ini dibina oleh makhluk asing : pembinaan mercu dunia yang sangat kompleks ini, susah untuk dihadam oleh kita bahawa ianya dibina ketika manusia ‘tidak’ maju dengan teknologi dan peralatan yang canggih
    Google Image : illustrasi imej Stonehedge dilawat oleh UFO. Hanya lakaran sahaja

    Dan banyak lagi konspirasi teori yang ‘kelihatan‘ meyakinkan. Sebenarnya, kesemua teori konspirasi ini telahpun dijawab dengan hujah oleh para pakar dan ahli agamawan menggunakan hujah dalam bentuk kajian saintik, cross reference sejarah dan juga dalil dari Al-Quran & As-Sunnah (jika ianya melibatkan agama Islam). Terbukti bahawa konspirasi teori ini merupakan berita PALSU yang dibina di atas prasangka yang tiada bukti, salah faham dalil Al-Quran & Sunnah, dan susah menerima kebenaran.

    Teori Konspirasi COVID-19 dan Agama Islam

    Agama Islam merupakan agama terdiri daripada hujah. Hujah itu datang dalam bentuk nas dan dalil daripada Al-Quran & Sunnah dan juga Islam tidak pernah menolak dalil akal dengan syarat, ianya tidak melangkaui apa yang disebut Al-Quran & Sunnah. Islam juga mengikhtiraf bahawa setiap perkara ada pakarnya dan kita perlu merujuk mereka.

    Firman Allah dalam surah Al-Anbiya :

    وَمَآ اَرْسَلْنَا قَبْلَكَ اِلَّا رِجَالًا نُّوْحِيْٓ اِلَيْهِمْ فَسْـَٔلُوْٓا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ 

    maka tanyakanlah oleh kalian kepada orang-orang yang berilmu, jika kalian tidak mengetahui. (Al-Anbiya: 7)

    Maksudnya, tanyakanlah kepada ahlul ilmi dari kalangan umat-umat terdahulu —seperti kaum Yahudi dan kaum Nasrani dan semua pemeluk agama terdahulu— apakah rasul-rasul yang datang kepada mereka itu manusia atau malaikat? Jawaban mereka tentu saja tiada lain adalah manusia. Hal ini merupakan nikmat Allah Swt. yang sempurna kepada makhluk-Nya, karena Dia mengutus rasul-rasul-Nya kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, sehingga para rasul itu dapat menyampaikan kepada mereka dan mereka dapat menerima dari para rasul.

    Untuk kefahaman tentang perkara ini, saya bawakan keratan video daripada Dr MAZA, mufti daripada Perlis dan juga Dr Kamilin, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

    Untuk info lain : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/778233/umat-islam-kanada-diingatkan-jangan-terpedaya-teori-konspirasi-anti

    Semoga dengan perkongsian ini, kita mampu mengubah pemikiran kita selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul. Islam tidak pernah membinasakan akal bahkan menerima akal sebagai hujah dalam sebahagian daripada perbincangan dalam agama. Islam mengajar kita supaya menghormati akal dan menerima sesuatu itu setelah dibentangkan hujah yang sahih. Jelas bahawa, teori konspirasi yang disebarkan di sosial media dan group whatsapp hanyalah mesej yang tidak sahih dan bertujuan hanya untuk menakutkan orang ramai daripada menerima vaksin.

    References :

    [1] https://www.scmp.com/news/china/society/article/3074991/coronavirus-chinas-first-confirmed-covid-19-case-traced-back

    [2] https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/technical-guidance/naming-the-coronavirus-disease-(covid-2019)-and-the-virus-that-causes-it

    [3] https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/01/778233/umat-islam-kanada-diingatkan-jangan-terpedaya-teori-konspirasi-anti

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Google photo

    You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: