
Eyyyoo \(^_^)/
Barli atau dikenali dengan nama botaninya Hordeum vulgare merupakan sejenis tumbuhan bijirin dari keluarga Poaceae atau Graminae di mana kebanyakan barli ditanam di negara-negara barat yang mempunyai iklim sederhana dan mempunyai empat musim. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak khasiat dan vitamin yang kita boleh perolehi daripda barli untuk kesihatan badan kita, antaranya:
- Dapat merendahkan kadar kolestrol dalam darah
- Menggalakkan penurunan berat di mana barli dapat mengurangkan kelaparan dan memberi kekenyangan dalam jangka masa yang lama
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Menyejukkan badan dan membantu sistem penghadaman

Kembali kepada tajuk utama kita iaitu bagaimanakah air barli dapat merawat batu karang. Dengan meminum air barli, kita bukan sahaja dapt mencegah pembentukan batu karang dalam buah pinggang malah dapat membantu menghancurkan batu karang kerana:
- Dapat menghasilkan tekanan yang diperlukan pada pundi kencing untuk memudahkan pengeluaran batu karang
- Mampu mengekalkan keseimbangan kadar pH dalam badan kita ke arah alkali kerana batu karang dibentuk daripada tumbuhan kristal dari beberapa jenis kimia seperi kalsium oksalat dan asid uric.
- Mengandungi mangnesium yang boleh mencegah penghasilan batu karang mempercepatkan pemecahan batu karang
Akhir kata, anda disarankan untuk minum 3 cawan air barli setiap hari untuk hasil yang memuaskan. Apa yang merisaukan saya adalah jumlah individu yang mengalami batu karang yang semakin meningkat tidak mengira umur pada zaman sekarang ini. Dengan itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan segar.
TIPS – Air barli lebih baik dicampur dengan limau jika berasa tawar dan elakkan penggunaan gula untuk mengelakkan diabetes.
Rujukan:
[1] https://www.healthline.com/nutrition/barley-benefits#TOC_TITLE_HDR_6
[2] https://www.sinarharian.com.my/article/27806/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/khasiat-barli
Nasib baik tak ade batu karang hihi
LikeLike
Baik lah writer
LikeLike
Nasib baik tak ada batu karang
LikeLike