Game Teknologi

5 permainan game klasik PlayStation 1 yang anda perlu main sekarang

Eyyyoo \(^_^)/

Bosan sebab PKP balik dan tidak tahu untuk buat apa-apa di rumah? Marilah kita menggamit semula memori zaman 2000-an di mana PlayStation sedang memuncak dan popular dalam kalangan remaja. Pada masa itu, terdapat pelbagai genre dan elemen yang unik dalam setiap permainan game yang mengembangkan industri game ke arah futuristik.

Berikut adalah 5 contoh permainan game PlayStation yang menarik dan unik yang tidak diketahui ramai:

5. Mega Man Legends

Google Image: Mega Man Legends

Anda mengenali Mega Man sebagai permainan game bersiri yang terkenal dengan platform side-scrolling 2D, tetapi mungkin anda tidak mengenali permainan game Mega Man Legends yang sebaliknya menampilkan action-adventure dan shooting 3D. Mega Man Legends telah dilancarkan untuk PlayStation pada bulan Disember 1977 oleh Capcom. Permainan game ini memiliki plot yang menarik di mana pemain akan mengawal Mega Man Volnutt, seorang penggali dan ahli arkeologi yang akan mengembara dan mengkaji runtuhan untuk Quantum Refractors (sumber tenaga utama peradaban masa itu). Walau bagaimanapun, Mega Man akan menempuh masalah daripada pelbagai pihak seperti Reaverbots, robot yang menjaga harta karun yang terdapat di runtuhan dan kumpulan Bonnes, sekumpulan lanun yang dipimpin oleh Teisel Bonne.

4. Chocobo Racing

Google Image: Chocobo Racing

Saya pasti anda akan mengenali watak mascot siri Final Fantasy yang comel yang hanya melaungkan “kwehh” iaitu Chocobo. Chocobo Racing adalah permainan game genre racing untuk PlayStation oleh Square Co. pada 1999. Pada zaman 2000-an, Chocobo Racing sering dibandingkan dengan Mario Kart dan Crash Team Racing tetapi setiap permainan game mempunyai elemen dan mekanisme yang berbeza. Pemain akan mengawal watak-watak dari Final Fantasy yang berlumba sama ada karakter dipilih akan terbang, memandu skuter, menunggang permaidani ajaib dan ada juga yang berlari. Selain itu, terdapat lima mod perlumbaan yang boleh dipilih seperti Story Mode, Versus Mode, Grand Prix, Relay Race dan Time Attack.

3. Ape Escape

Google Image: Ape Escape

Ape Escape adalah salah satu harta karun permainan game PlayStation yang telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh Japan Studio dan diterbitkan bawah Sony Computer Entertainment. Ape Escape adalah permainan game yang unik dan menarik kerana permainannya mewajibkan peggunaan Dual Analog Controller yang belum pernah dilihat oleh orang lain. Ape Escape mengisahkan sekumpulan monyet nakal yang melarikan diri dan menemui Peak Point Helmets yang akan menjadikan mereka pintar diketuai oleh Specter (paling cerdik). Jadi, pemain akan mengawal Spike untuk menangkap monyet-monyet dibantu oleh Natalie dan Professor dengan menyediakan pelbagai gajet dan alatan untuk memudahkan penangkapan monyet-monyet tersebut.

2. Legend of Legaia

Google Image: Legend of Legaia

Legend of Legaia adalah permainan game genre 3D RPG dihasilkan oleh Contrail, Inc. dan dibangunkan oleh Prokion Ltd. pada tahun 1998 untuk PlayStation. Dengan random encounter yang masih menjadi fatktor RPG tradisional, elemen pertempuran Legend of Legaia adalah inventif dan seronok di mana pemain dapat masukkan input zon menyerang yang berbeza pada musuh seperti Left Arm (Weapon), Right Arm, Upper, Lower. Kadang-kala gabungan input tersebut akan menghasilkan Arts Move yang akan menghasilkan combo istimewa dan menambahkan jumlah damage kepada musuh. Seterusnya, pemain akan mengawal Vahn, Noa dan Gala yang diberikan kuasa Ra-Seru oleh Genesis Tree untuk menghentikan Mist yang menyebabkan manusia menjadi hamba psikotik dan menyelamatkan dunia.

1. The Legend of Dragoon

Google Image: The Legend of Dragoon

The Legend of Dragoon adalah salah satu permainan game PlayStation genre 3D RPG yang berada di bawah radar orang ramai. Permainan game ini dihasilkan oleh Japan Studio dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment pada tahun 1999. Pemain The Legend of Dragoon akan mengawal karakter utama iaitu Dart Feld, dalam perjalanannya di dunia sihir di mana Dragoons atau dikenali sebagai pahlawan naga wujud untuk melawan kejahatan yang mengancam untuk memusnahkan dunia. Apa yang membuatkan permainan game ini lain daripada yang lain ialah meyertakan quick time event (QTE) dipanggil addition dalam setiap serangan yang mengharuskan pemain menekan butang ketika dua kotak bertemu untuk menghasilkan damage yang tinggi.

Akhir kata, terdapat banyak lagi permainan game PlayStation yang menarik dan seronok untuk dimain pada waktu lapang ini. Di atas hanyalah senarai yang direkomenkan oleh saya sahaja dan saya pasti banyak lagi permainan game yang anda minat. Bagi saya, grafik permainan game tidak menentukan keseronokannya tetapi keunikan gameplay dan storyline yang menjadi permainan game itu menarik. Jadi, cuba-cubalah main permainan game PlayStation tersenarai di atas.

Sumpah BEST !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: