5G adalah teknologi generasi ke 5 rangkaian mudah alih. Ianya merupakan standard wireless global terbaru selepas 1G, 2G, 3G, dan 4G. Secara asasnya, signal 5G menggunakan frekuensi radio yang baru, dan ini memerlukan penambahbaikan radio dan peralatan lain di menara sel.

Terdapat 3 jenis kaedah berlainan dalam proses membina rangkaian 5G dan ketiganya bergantung kepada jenis aset yang dimiliki oleh sesebuah wireless carrier;
- rangkaian low-band (merangkumi kawasan yang luas namun hanya 20% lebih pantas dari 4G)
- rangkaian high-band (signal yang memiliki kelajuan super namun tidak berupaya bergerak dengan mudah melalui permukaan yang keras)
- rangkaian mid-band (seimbang dari segi kelajuan dan coverage)
Syarikat carrier yang ingin membina rangkaian 5G yang pantas perlu memasang cell sites kecil dalam jumlah yang banyak pada tiang lampu, dinding, dan menara dalam jarak yang dekat antara satu sama lain. Saiz normal cell sites kecil ini biasanya dalam ukuran sebuah kotak piza. Atas sebab cell sites ini perlu berdekatan dengan satu sama lain, maka implementasi 5G ini kebiasaannya banyak didapati di bandar-bandar.
Kenapa nak 5G?
Salah satu sebab terbesar mengapa syarikat terkejar-kejar dalam mengimplimentasi teknologi 5G adalah kerana keupayaan 5G dalam menghantar data dalam kelajuan yang agak tinggi, mencapai 10 kali kelajuan 4G LTE dan berpotensi menjadi 100 kali lebih laju. Untuk perspektif, ianya adalah cukup laju untuk muat turun sebuah filem berdurasi 2 jam dalam masa kurang dari 10 saat berbanding 7 minit dengan 4G. Selain itu, 5G juga dapat mengurangkan latency serta mempunyai kapaisiti rangkaian yang besar, dan kesemua kelebihan ini memungkinkan wujudnya pengalaman pengguna baru dan mewujudkan industri baru.
Untuk merasai pengalaman 5G ini, para pengguna perlu mempunyai peranti yang memiliki keupayaan 5G. Antara beberapa syarikat peranti yang mempunyai produk dengan kebolehan 5G adalah Samsung, Motorola, Huawei, LG, OnePlus dan lain-lain. Apple juga tidak ketinggalan dengan iPhone berkebolehan 5G mereka yang telah dikeluarkan pada musim luruh 2020 lepas.
Rujukan:
[1] https://www.qualcomm.com/5g/what-is-5g