Agama Latest News

3 Hadis POPULAR yang selalu kita dengar, tetapi TIDAK SAHIH

Sejak kita membesar, kita sering kali dibacakan dan didengarkan hadis-hadis kepada kita oleh para ustaz, ustazah, pakar motivasi dan asatizah sebagai suatu bentuk peringatan atau galakan untuk beribadah. Namun begitu, pernahkah kita menyemak kembali hadis-hadis yang selalu kita dengar akan kesahihannya?

Hari ini, sayang ingin berkongsi 3 hadis yang popular dalam kalangan masyarakat kita tetapi hadisnya tidak sahih bahkan ianya dinilai PALSU. Sebelum itu, saya ingin berkongsi kepada pada sahabat akan peringatan Nabi kita Muhammad SAW tentang ancaman kepada mereka yang berdusta atas nama beliau dalam menyampaikan sesuatu hadis. Terdapat banyak hadis yang menyebut tentang ancaman Nabi kepada mereka yang berdusta atas nama beliau, antaranya :

Nabi SAW bersabda :

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” (HR Bukhari no. 107).

Terdapat juga hadis lain, iaitu :

Dari Al Mughirah, ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta pada selainku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah dia menempati tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari no. 1291 dan Muslim no. 4).

Semoga kita semua dijauhi dan tidak termasuk dalam golongan yang disebut oleh Nabi kita ini, insyaAllah.

HADIS PERTAMA : Hadis seksaan bagi mereka yang meninggalkan solat tertentu

Poster menunjukkan azab khusus bagi mereka yang meninggalkan solat di sebuah masjid

STATUS HADIS 1 :

Hadis ini adalah hadis PALSU. Ia dihukum sebagai palsu oleh Ibn Hajar dengan katanya “Hadis ini terzahir kabatilannya daripada (rekaan) hadis-hadis ahli tarekat

Apa yang perlu saya lakukan?

Solat merupakan perkara yang penting dalam agama Islam bahkan ianya termasuk dalam rukun-rukun Islam dan wajib ditunaikan bagi setiap Muslim. Meninggalkan solat merupakan suatu dosa besar. Ianya tidak bole ditinggalkan walau dalam apa keadaan sekalipun (Islam memberi rukhsah kepada penganutnya dalam sesuatu keadaan). Solat merupakan ibadah khusus yang istimewa buat orang Islam.

Namun begitu, ancaman dan azab yang terlalu detail seperti yang disebut di dalam poster, tidak disebut secara khusus di dalam Al-Quran mahupun hadis-hadis yang sahih. Kita perlu ketahui bahawa untuk mengetahui perkara-perkara ghaib (dalam kes ini, dosa bagi orang yang meninggalkan solat), ianya perlu kepada dalil-dalil dan nas-nas yang sahih. Cukup sekadar kita tahu bahawa meninggalkan solat itu merupakan suatu dosa besar dan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang Muslim. Oleh yang demikian, menjadi suatu kewajipan untuk kita sebagai seorang orang Islam, untuk memenuhi tuntutan solat. Maka, menjadi kewajipan bagi kita untuk menyebarkannya.

HADIS KEDUA : Hadis kisah Ukasyah ingin memukul Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda wafat

Video kisah Ukasyah yang sangat menyayat hati para pendengar tetapi tidak sahih

STATUS HADIS 2 :

Kata Ibn al-Jauzi
(Kitab al-Maudhu’at, jld 1, hlm 301)

هذا حديث موضوع محال كافأ الله من وضعه وقبح من يشين الشريعة بمثل هذا التخليط البارد والكلام الذى لا يليق بالرسول الله اصلى الله عليه وسلم ولا بالصحابة , والمتهم به عبد المنعم بن ادريس.


Maksudnya:
Hadis ini palsu yang mustahil (berlaku). Semoga Allah SWT membalas kepada sesiapa yang merosakkan syariah dengan kekeliruan yang dingin dan ucapan yang tidak layak bagi Nabi SAW dan tidak layak bagi sahabat. Yang dituduh (dalam memalsukan hadis ini) ialah Abdul Mun’im bin Idris.

Kisah ini juga telah dikritik oleh Mufti Wilayah Persekutuan di dalam koleksi fatwa Irsyad Al-Hadith. Saya kepilkan link untuk rujukan para pembaca. Sini

Apa yang perlu saya lakukan?

Cerita ini sangat popular dalam kalangan masyarakat kita bahkan kisah ini sangat menyayat hati para pendengar sehingga kita mampu menitiskan air mata. Namun begitu, perlu diketahui umum bahawa hadis ini tidak SAHIH. Semoga para pembacaan artikel ini mampu menghentikan penyebaran kisah begini dan menyampaikan status sebenar kisah ini kepada orang ramai. Kita bimbang kisah ini telah menimbulkan fitnah kepada Nabi SAW walaupun niat asalnya adalah baik.

HADIS KETIGA : Sumber rezeki 9/10 datangnya daripada berniaga

Nasihat yang selalu kita dengar mengenai keutamaan berniaga (business)

STATUS HADIS 3 :

Status untuk hadis ini adalah dhaif .

Saya bawakan tulisan artikel daripada laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan di dalam Irsyad al-Hadith beliau (sini). Beliau memberi komentar dan hujah seperti berikut :

Di sini kami datangkan beberapa pendapat para ulama’ dalam menyatakan status hadith ini:

Imam Ibn Abd al-Bar (463 H) mengisyaratkan bahawa hadith ini dhaif di dalam kitabnya kerana beliau menggunakan sighah tamridh (صيغة التمريض) ketika menukilkan hadith ini. [Lihat: al-Istizkar, 619/8]

Imam al-Iraqi (806 H) ketika mengtakhrijkan hadith ini di dalam ihya’ Ulumuddin berkata: Berkata Ibrahim al-Harbi di dalam Gharib al-Hadith, hadith tersebut datang daripada Nu’aim bin Abd al-Rahman dan perawi-perawinya adalah thiqah. Dikatakan bahawa Nu’aim adalah sahabat sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Mandah dan dakwaan itu adalah tidak benar. Telah berkata Abu Hatim al-Razi dan Ibn Hibban bahawa Nu’aim adalah seorang tabi’i maka hadith tersebut adalah mursal (iaitu hadith yang gugurnya sahabat daripada sanad hadith tersebut). [Lihat: al-Mughni: 419/1]

Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami juga cenderung kepada pandangan yang mengatakan hadith di atas adalah dhaif kerana berlaku keguguran pada sanad hadith tersebut. Walaupun hadith tersebut adalah dhaif, tetapi berniaga merupakan salah satu pekerjaan yang terpuji. Ini kerana, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang peniaga sebelum dan selepas Baginda SAW dilantik menjadi rasul. Hal ini, banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab sirah apabila Nabi SAW bersama bapa saudaranya Abu Thalib pergi ke Syam bagi tujuan berniaga. Selain itu, Nabi SAW juga pernah membantu isterinya yang tercinta Khadijah binti Khuwailid dalam perniagaan dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang lain.

Boleh layari full website Mufti Wilayah Persekutuan untuk keterangan penuh

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2689-irsyad-al-hadith-siri-ke-292-perniagaan-adalah-sumber-rezeki-terbesar

Apa yang perlu saya lakukan?

Hadis ini statusnya adalah dhaif. Islam mengalakkan semua jenis pekerjaan mengikut kepakaran masing-masing. Jika kamu hebat dalam bidang engineering, maka jadilah kamu seorang engineer. Jika kamu hebat dalam ilmu perubatan, maka doktor lah profesion yang terbaik buat kamu. Jika kamu minat berniaga, maka jadilah kamu businessman yang berjaya. Tidak dinafikan bahawa berniaga (business) membawa keuntungan yang lumayan kerana hasilnya adalah datang daripada titik peluh kita sendiri tetapi jika hendak berniaga kerana ianya, tuntutan Islam, maka perkara tersebut tidak betul. Islam tidak mengehadkan kita dalam mencari sumber rezeki. Sebarang pekerjaan adalah suatu bentuk rezeki.

KESIMPULAN

Google Image : Beramal

Semoga selepas pembacaan artikel yang ringkas ini, kita mendapat pengajaran yang bermakna. Hadis yang popular lagi masyhur, tidak menjaminkan bahawa hadis itu sahih. Kesahihan sesuatu hadis itu perlu dibuktikan dan tidak cukup sekadar ‘alahh hadis ini kan mengajak kita buat kebaikan’. Ingatkan bahawa Islam ini adalah agama yang sarat dengan hujah. Setiap perkara yang disandarkan atas nama agama, mestilah dibawa sekali dalilnya. Akhir sekali, semoga kita semua tidak termasuk di dalam hadis ancaman Nabi SAW terhadap mereka yang berdusta atas nama beliau.

Selamat beramal !

Rujukan :

[1] https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith.

[2] Hadis Palsu & Daif Popular Dalam Masyarakat Melayu, Dr Rozaimi Ramle.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: