Bagi penggemar permainan video bergenre survival, semestinya anda pernah dengar tentang kewujudan permainan video Valheim. Valheim telah diterbitkan pada tarikh 2 Februari, 2021 dan boleh didapati di platform Steam.
Permainan video ini menyaksi para pemain memainkan watak seorang pejuang Viking yang telah tewas di medan pertempuran dan kemudian rohnya dibawa oleh para Valkyries ke dunia Valheim, dunia ke 10 Norse. Objektif permainan video ini adalah untuk para pemain meneruskan kelangsungan hidup mereka di dunia Valheim dengan mengumpul makanan serta membuat tempat berlindung dari ancaman cuaca. Kedengarannya agak senang bukan? Namun, tanggapan kami berubah setelah mencuba bermain Valheim.

Mengambil inspirasi dari mitologi Norse, dunia Valheim dipenuhi dengan pelbagai makhluk buas dan raksasa yang boleh dijumpai di 5 biome yang berlainan. Malah, ada juga beberapa bos yang para pemain boleh kalahkan untuk mendapatkan kuasa istimewa yang dapat membantu para pemain, namun menewaskan mereka bukanlah satu perkara yang mudah. Para pemain perlu mengumpul segala jenis bahan dan bijih yang kemudiannya boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis alat, senjata, baju perisai dan juga makanan bagi membantu mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia Valheim.

Jika anda berasakan seperti cabaran ini agak sukar untuk ditempuhi keseorangan, anda boleh menjemput rakan anda untuk bersama-sama anda dalam dunia Valheim dan juga membina pelbagai jenis tempat berlindung yang menakjubkan mengikut kreativiti anda sendiri.

Jadi, apakah yang anda tunggu lagi? Sila dapatkan permainan video Valheim di platform Steam dan beritahu kami apakah pendapat anda.
Game on!
Nice
LikeLike