Gaya Hidup Kesihatan Latest News Makanan

5 Makanan berkhasiat untuk sarapan pagi anda

Eyyyoo \(^_^)/

Kita mulakan dengan pepatah lama yang mengatakan bahawa sarapan adalah makanan yang terpenting untuk memulakan hari anda dan boleh mempengaruhi sepanjang hari anda. Ini adalah disebabkan sarapan dapat memberi tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti harian dan mengurangkan kelaparan sepanjang hari. Tetapi sebenarnya, melangkau sarapan adalah lebih baik jika kita makan makanan sarapan pagi yang tidak berkhasiat. Kualiti sarapan pagi anda adalah sangat penting dan harus merangkumi karbohidrat berserat tinggi, protein dan lemak sihat.

Dengan itu, berikut adalah 5 makanan berkhasiat untuk sarapan pagi anda:

5. Oatmeal bersama susu dan buah beri

Oatmeal mengandungi serat, vitamain dan mineral yang dapat memberi tenaga yang stabil, pencernaan yang baik dan kolesterol yang sihat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Walaupun oatmeal berasa tawar, anda boleh memakan oatmeal bersama susu dan buah beri sebagai penambah perisa di mana susu mengandungi kalsium yang baik untuk menguatkan tulang dan buah beri yang menjaga kestabilan gula darah.

4. Telur separuh masak

Telur adalah menu sarapan pagi kegemaran orang ramai kerana tidak dinafikan memang lazat dan mempunyai sumber protein yang sihat untuk tubuh badan. Kajian mengatakan bahawa makan telur untuk sarapan pagi dapat meningkatkan rasa kekenyangan dan membantu mengurangkan pengambilan kalori pada waktu makan tengah hari dan malam.

3. Buah-buahan

Buah-buahan juga menjadi pilihan orang ramai sebagai makanan sarapan pagi kerana mudah untuk disediakan dan mempunyai vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Seterusnya, buah-buahan dapat mengenyangkan kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi. Antara buah-buahan yang sesuai untuk dimakan pada sarapan pagi adalah pisang, betik, kiwi dan buah beri.

2. Roti gandum

Roti gandum adalah sangat direkomendasikan untuk menguruskan badan dan menjaga diet kerana mempunyai serat yang mengenyangkan dan membuat perut kita kenyang lebih lama. Walaupun roti gandum berasa tawar, anda boleh menambahkan perisa dengan menambah mentega atau mentega kacang tetapi elak gunakan jem yang mengandungi gula yang tinggi.

1. Yogurt

Selain oatmeal, telur, buah dan roti, yogurt juga menjadi pilihan sebagai sarapan pagi kerana dapat menurunkan berat badan dan bagus untuk orang yang sedang berdiet. Yogurt dapat dimakan bersama buah-buahan dan buah beri sebagai penambah perisa jika terasa kosong dan masam. Yogurt juga mempunyai kalsium yang tinggi dan dapat menjadikan tulang kita kuat dan sihat.

Sebagai akhir kata, mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang berkhasiat supaya hari anda lebih bermakna dan efektif dengan pemakanan yang betul supaya anda mendapat tenaga dan vitamin yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang mencabar ini.

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: