Selebriti terkenal tanah air, Neelofa dan suami PU Riz harini dihadapkan di Mahkamah Seremban untuk dibacakan pertuduhan melanggar Standard Operasi Standard (SOP) Covid-19.
Neelofa dan suami telah memuatnaik foto bersama membeli karpet di Nilai 3 Seremban. Foto tersebut menarik perhatian netizen mempersoal bagaimana selebriti tersebut boleh merentas negeri bagi tujuan membeli belah.
Sebelum ini, selebriti tersebut telah disiasat kerana merentas negeri ke Pulau Langkawi sekaligus melanggar SOP Covid-19.

Mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes.