Baru-baru ini industri sukan bola sepak dunia dikejutkan dengan cadangan untuk mewujudkan satu liga elit “Super League” yang hanya boleh di sertai oleh pasukan-pasukan yang ternama di eropah. Cadangan ini diusulkan oleh presiden kelab bola sepak pasukan Real Madrid iaitu Florentino Perez di mana beliau menyatakan bahawa golongan generasi muda kini makin kurang berminat dengan sukan bola sepak.
Adakah ianya realiti atau sekadar taktik untuk menjayakan Super League?

Generasi muda kini membesar dengan kemudahan teknologi yang semakin canggih. Berbeza dengan zaman dahulu, kanak-kanak atau remaja kini lebih gemar berhibur dengan melakukan aktiviti e-sukan.

Adakah e-sukan menjadi punca generasi muda sudah tidak lagi berminat dengan sukan bola sepak yang sebenar?
Ramai berpendapat bahawa e-sukan juga boleh memupuk semangat kesukanan kepada golongan muda kerana terdapat permainan digital berbentuk sukan di dalam aplikasi-aplikasi permainan secara tak lansung golongan muda akan lebih cenderung untuk minat bersukan.
Jadi apakah punca sebenar golongan muda kurang berminat kepada sukan bola sepak?
Fikir-fikirkan…